Apa Yang Anda Buat Ketika Berusia 5 Tahun

Apa ya yang Rojak buat ketika usia 5 tahun. Main, main dan main hahaha. Kebanyakan orang tidak mengambil peperiksaan Microsoft’s Certified Professional sehinggalah mereka menamatkan pengajian di kolej, tetapi Ayan Qureshi lulus peperiksaan ini ketika beliau berumur lima tahun.


Kini pada usia enam tahun,beliau secara rasmi pemegang Microsoft Certified Profesional, Pada masa ini beliau adalah orang termuda yang berjaya lulus ujian, yang sangat dihormati dalam industri teknologi maklumat. Rekod sebelumnya ini yang dipegang oleh Mehroz Yawar, yang lulus ujian tersebut ketika dia berusia enam tahun  setengah pada bulan April. 


Ujian ini terdiri daripada pelbagai jenis soalan berkaitan dengan komputer dari peringkat asas sehinggalah ke tahap advaced.  Microsoft biasanya tidak  membenarkan kanak -kanak semuda Ayan mengambil ujian, tetapi membuat pengecualian dalam kes ini. Ujian ini biasanya diambil oleh graduan kolej yang mahu menjadi profesional IT. Bukan sahaja Ayan lulus ujian, tetapi beliau dapat menjawab  semua soalan lebih awal dari masa yang ditetapkan iaitu dua jam.

Bapa Ayan memberitahu BBC beliau memperkenalkan anaknya kepada komputer diusia tiga tahun. Sekarang, Ayan mempunyai makmal komputer sendiri di rumah, termasuk rangkaian network yang dibina sendiri. Dia menghabiskan masa kira-kira dua jam sehari belajar bagaimana untuk install program dan apabila besar, beliau mahu mempunyai syarikat sendiri.


Rojak pada usia 5 tahun pun genius jugak. Nak tengok.... Ini yang Rojak buat pada usia tersebut.





Tag : Fakta
0 Komentar untuk "Apa Yang Anda Buat Ketika Berusia 5 Tahun"

Back To Top