Aduhh, tersilap delete folder pulak,dah la dalam folder tu ada fail - fail penting. Senang jer caranya, restore la balik dari Recycle Bin korang. Kalau anda dah ter"empty" Recycle Bin macam mana? Boleh jer pakai mana - mana software nak dapatkan balik seperti GetDataBack, tapi leceh la semua tu, melambatkan. Kalau boleh create folder yang tak boleh di deletekan bagus. Memang boleh pun.
So, entri kali ini Rojak nak share macam mana nak buat Undeletable Folder, Mula - mula sekali, sorry yer sebab pakai imej orang lain, malas nak buat. Rojak cuma buat, bila korang tekan "delete" apa yang terjadi.
Korang create satu folder baru, namakan dia "Con" tapi JANGAN tekan enter dulu, sebabnya cara dia berbeza untuk pengguna desktop dan laptop.
1. Untuk Pengguna Desktop
Tekan Alt + 255 ( gunakan number pad, bukan nombor yang di atas keyboard ), then enter.
2. Untuk Pengguna Laptop
Tekan Fn + k + i + i
3. Gunakan Command Prompt
Korang pergi di command prompt ( pastikan Run As Administrator ) kemudian kita gunakan arahan make directory ataupun "md". Contoh :
Folder "con" diatas diletak dalam directory "C" ( md\\.\\c:\\con ). Sekiranya anda hendak letakkan di D atau E, gantikan "C" kepada yang sepatutnya.
Sekarang, anda sudah mempunyai undeletable folder. Jom kita cuba delete folder tersebut dan tengok apa yang terjadi.
Klik Yes
Tadaaa!!!!! So bolehlah anda letakkan fail - fail penting anda didalam folder ini.
Sebenarnya folder tersebut boleh di delete dengan menggunakan Command Prompt. Gantikan "md" tadi kepada "rd" >>> rd\\.\\c:\\con.
Tapi ada ker orang delete fail/folder guna command prompt?
Tag :
Tips & Trick
0 Komentar untuk "Undeletable Folder - Cara Membuatnya"