Auto Shutdown


Melayari internet boleh membuat kita terleka dengan dunia sekeliling. Al-maklumlah semuanya ada di dunia maya. Kadang - kadang sampai tertidur depan komputer pun ada ( akulah tu hahaha ). Bila terlelap depan pc ni, macam - macam boleh jadi ( korang fikir sendirilah  yang tu ). Jadi untuk mengelak benda - benda  yang macam - macam tu, kita boleh menggunakan software.

Terdapat banyak software yang terdapat di pasaran ketika ini, tapi software ni Rojak suka. Selain fungsi Auto Shutdown, ianya lebih menjurus kepada software utiliti. Pelbagai utiliti yang boleh kita gunapakai dengan software Wise Care ini.


Posting ini menjurus kepada fungsi  auto shutdown, jadi kita diskus yang tu jer la ya. Fungsi lain korang membijakkanlah diri ya. Disebelah atas sebelah kanan ada butang Auto Shutdown. Korang klik kat situ. Dia akan keluar pop up window macam ni :


Ada banyak pilihan disitu, pilih jer dan masukkan waktu dan tarikh yang kita kehendaki. Kemudian klik jer Start Task.


Are you sure......? Tekan Yes dah selesai. Senang je kan. Katakan kita nak cancel atau ubah timenya, klik tasbar kat bawah, cari icon Wise Care tadi, lepas tu klik jer Cancel Task,



Senang jer kan. Lepas ni kalau korang terlelap, x derlah pc korang on sampai ke pagi.

Download di SINI

Password :  rojakdotcomdotmy





0 Komentar untuk "Auto Shutdown"

Back To Top