ANDA SEBENARNYA YANG MEMBANTU HACKERS MENCURI DATA



Bestkan tajuk posting kali ini. Ingatkan tak nak tulis lagi mengenai topik ni tapi disebabkan ada 2 insiden hari ini yang buat Rojak geram sangat - sangat, so tulis la jugak. Apabila kita online, kita sedar para penyangak IT juga online, malah mereka online 24/7. Didalam keadaan hari ini, hacking bukan sekadar mencuri alamat email kita, akaun facebook kita tapi ianya berantai. Dari 1 akaun email, mereka boleh mendapat maklumat yang lain dan dari maklumat tersebut mereka gunapakai untuk mendapat maklumat yang lain pula dan begitulah seterusnya.

Tahun 2012, akaun seorang penulis majalah Wired telah diceroboh. Dari akaun Twitter beliau, Clan Vv3 dan Phobia ( nickname hacker ) menggodam pula akaun Amazon seterusnnya akaun Apple dan memadamkan semua informasi di dalam akaun Apple iCloud beliau. Penulis ini seorang yang "well-versed" didalam bidang IT, tak ker sakit hati. 2013 Adobe telah digodam,  sebanyak 130 juta rekod pengguna dicuri. Target Corpotion  syarikat retailer kedua terbesar selepas Walmart telah digodam, Sebanyak 40 juta maklumat kad kredit dan kad debit telah dicuri.

Ini semua syarikat yang besar dan mempunyai sistem keselamatan yang canggih, jadi persoalannya disini, SELAMATKAH kita. Tiada siapa  yang imune sebenarnya, sesiapa pun boleh terkena. 

BAGAIMANA ANDA MEMBANTU HACKERS

1. PROFIL FACEBOOK

Sebagai laman sosial terbesar,para hacker menjadikannya sebagai sasaran utama. Banyak maklumat yang boleh didapati disini sebenarnya sekiranya kita tidak prihatin. Contoh info anda disini 


Other Accounts (dulu dikenali dengan Screen Names ), sesetengah daripada kita suka letak banyak - banyak akaun lain disini dan tidak diprivasi. Sedar atau tidak, sesetengah daripada akaun lain itu adalah alamat email sebenar kita. Hackers pasti tahu.

Jadi rasanya adalah lebih baik kita berkongsi dengan orang yang kita kenal sahaja. 

Disyorkan untuk bacaan:
Cara Menggelak Akaun Facebook Anda DiGodam

2. KESELAMATAN EMAIL

Bergantung kepada webmail mana yang kita gunakan. Sekiranya gmail, pastikan anda setup 2 Step Verification. Sekiranya belum, buat sekarang. Atas sebelah kanan, dekat ada gambar comel kita tu, klik gambar tu, pilih account

Tengok dekat ruangan password, dah di setup atau belum. Jika belum, sila setupkan. Ikut langkah yang pakcik Google tu suruh. Di situ anda akan diminta mengisi no telefon, isikan no yang terkini. Sekiranya anda membuat penukaran nombor,  ubah balik di setting.



3. LAMAN WEB

Ada berlambak syarikat yang menyediakan perkhidmatan webhosting di negara kita, tapi yang mana terbaik. Syarikat yang membekalkan perkhidmatan ini sebenarnya harus lagi peka terhadap keselamatan maklumat mereka. Jangan hanya berlumba menawarkan pakej yang murah sahaja. Maklumat pelanggan harus di jaga, bukan terdedah seperti ini, siap ada no hp, email dan alamat pelanggan. 


4. Sosial Networking

Panggilan telefon atau sms dari  orang yang tidak dikenali mengatakan mereka dari sesuatu organisasi, biasanya bank atau berkenaan kad kredit, menawarkan kad kredit kepada kita. Tiada borang yang perlu diisi, yang diperlukan hanya no akaun bank. Pelikkan bunyinya tapi hakikatnya pernah terjadi. Sekiranya kita tidak peka, tidak prihatin, dengan semudah itu mereka mendapat maklumat. Raja segala hacker mengatakan beliau hanya menggunakan skil sosial networking uuntuk menggodam tanpa sebarang software atau program yang khusus ( yer ker ).Pada Ogos 2014 bertempat di persidangan DefCon, beliau membuat satu demonstrasi. 3 minit sahaja masa yang diperlukan untuk beliau mencuri data sesorang. Huhuhu..

Kesimpulan.

Sama ada kita sedar atau tidak , kita banyak menggunakan perkhidmatan atas talian sekarang. Laman sosial dan email mungkin bagi sesetengah orang, tak per lah, email dengan facebook jer pun, tapi kalau email tu yang kita gunakan untuk membuat online banking? Sesiapa sahaja kalau terleka akan kena tapi adalah lebih baik kita mengunci pintu rumah kita daripada membiarnya terbuka.
Tag : Sekuriti
0 Komentar untuk "ANDA SEBENARNYA YANG MEMBANTU HACKERS MENCURI DATA "

Back To Top