TOP 5 Android Apps


Pada masa ini bersepah aplikasi android yang ada dipasaran. Dari yang  berbayar sehinggalah yang percuma. Pilih sahaja yang anda mahu, pilihan terletak ditangan anda. Top 5 bagi Rojak ialah :


1. UC Browser : Berbanding dengan Opera Mini, interface UC lagi mesra pengguna. UC juga mempunyai Speed Mode. Data Compression yang mana berfungsi untuk mengurangkan data ketika kita browsing. Cuba dan anda akan dapati perbezaannya. 


2. Clean Master : Berbanding dengan saudaranya yang lain seperti DU, Rojak lebih selesa menggunakan aplikasi ini.


3. Smart App Lock  : Mana - mana telefon pintar sekarang  sudah dilengkapi dengan ciri penggunci masing - masing tapi  yang buat Rojak suka pada apps ni adalah, sekiranya anda tersilap kata laluan atau paten keselamatan sebanyak 3 kali, aplikasi ini akan screenshot wajah anda itupun kalau mempunyai kamera didepan.


4. Microsoft Office Mobile : Senang nak buat kerja sebab ianya compatible dengan versi yang kita gunakan di PC atau laptop.


5. Trust Go Antivirus : Terdapat banyak AV untuk Android yang ada dipasaran tapi yang Rojak guna ialah Trust Go. Kebanyakkan AV bila kita  scan, jangka hayat bateri akan  berkurangan tapi tidak dengan Trust Go. Antara features lain Trust  Go ini, dia mempunyai  SAFE ( Secured Apps Finder Engine ), Secure Web Browsing, Privacy Guard, Data Backup dan banyak lagi.

Untuk memilih aplikasi mana untuk digunakan sebenarnya terserah kepada anda, cuma berhati - hati bila memuat turun. Jangan sesekali memuat turun dari sumber yang diragui.










Tag : TOP 5
0 Komentar untuk "TOP 5 Android Apps"

Back To Top