Milik Siapakah E-Mail Ini.



Tahniah. Anda  telah berjaya memenangi  hadiah dari syarikat kami. Rojak yakin pasti ramai yang pernah menerimanya email macam tu. Sebelum anda membalas email yang anda terima dari orang yang tidak dikenali, adalah lebih baik rasanya, kita kenal pasti siapa tuannya.

Ada beberapa langkah yang  kita boleh lakukan.

1. Laman Sosial

Terdapat LEBIH dari 200 laman sosial pada masa ini. Facebook sahaja mempunyai lebih dari 1.2 billion pengguna yang aktif dan anda memerlukan e-mail untuk mendaftar. Begitu juga laman yang lain, kebanyakkannya perlukan email untuk mendaftar. Keberangkalian anda untuk bertemu pemilik email tersebut tinggi disini TAPI harus diingat, banyak juga profil yang FAKE.

2. Gambar

Katakanlah kita berjaya memperolehi gambarnya dari laman media sosial, kita boleh uploadkan gambar tersebut melalui Google Image untuk mengetahui info lebih lanjut mengenai pemilik gambar tersebut.

Caranya : Upload gambar tersebut melalui icon kamera yang terletak sebelah kanan pada "search bar".


Selepas kita upload gambar tersebut, kita hanya perlu search sahaja. Google akan mempamerkan semua website, blog atau apa jua media sosial yang berkaitan dengan gambar tersebut.

3. Mengesan Alamat IP 

Mungkin ramai antara kita tidak sedar, didalam  email yang dihantar itu  terdapat juga maklumat lain selain daripada isi kandungan email tersebut iaitu IP si penghantar. Untuk extract alamat IP tersebut, buka email dan dan tekan anak panah disebelah butang reply dan klik "Show Original".

Setelah origin email itu dipaparkan, cari "Received:from" dan anda akan dapati terdapat alamat IP berdekatan dengannya.

4. Ketulenan Email.

Antara ciri-ciri yang boleh kita jadikan petunjuk disini, ialah :

- Alamat email penghantar tidak sama dengan organisasi yang diwakili. Contohnya kita terima email dari bank. Secara logiknya email tersebut mesti dari webmail bank yang diwakili, contohnya ali[at][namabank].com, Takkanlah sipenghantar pakai webmail free kot.

- Si penghantar menekan anda untuk membalas dengan segera email tersebut. 

- Didalam email tersebut terdapat pautan ( link ) yang meragukan. Sekilas pandang pautan tersebut nampak sama  dengan organisasi yang diwakili tetapi perhatikan dengan teliti, pasti ada bezanya walaupun 1 huruf.

Point sebegini sedikit sebanyak membantu kita agar tidak terpedaya dengan tipu helah  penyangak IT sekarang. Terdapat juga beberapa pautan laman  web yang boleh kita gunakan untuk memverifikasi email tersebut, seperti:


Walaubagaimanapun kalau dah nak terkena, terkena jugakkan akibat kelalaian kita. Kitakan manusia, tidak terlepas dari benda-benda tu semua. Sedar atau tidak, kita juga sedikit sebanyak membantu penyangak IT  mencuri maklumat peribadi kita. Topik tu kita bincang dipost yang lain. 





Tag : Sekuriti
0 Komentar untuk "Milik Siapakah E-Mail Ini."

Back To Top