TOP 5 - Software/Program Percuma Yang Wajib


1. AntiVirus Dan Malware.

Kebanyakan pengguna PC menyedari bahawa mereka memerlukan perlindungan pada komputer mereka atau mungkin mempunyai program antivirus yang terpasang dari pengeluar komputer mereka. Apa yang mereka tidak sedari bahawa terdapat software percuma yang beberapa kes lebih baik daripada produk-produk komersial. 

AntiVirus : AVAST! atau AVG
Malware dan Spyware : Malwarebytes

2. MultiMedia

Terdapat berpuluh-puluh program multimedia yang berbeza dengan kemampuan dan batasan yang berbeza. Di bawah ini adalah atas program multimedia percuma Rojak guna untuk menonton fail video dan rakaman audio.

Audio Editing : Audacity
Video Player : VLC

3. Office Suite

Kita dah terbiasa dengan Microsoft Office, itupun sbb ada crack/cdkey yang telah tersedia. Kalau tiada? Harga MS Office adalah antara harga software paling mahal. Cuba try software dibawah.

Office Suite : Open Office
Source Code Editor : Notepad++

4. Imej Editor
  
Yang biasa kita dengar Photoshop, AI tapi tahukan korang harga dia.RM 3k++ untuk photoshop. 
RM 1800++ untuk AI.  Jangan risau ada crack  dia kan. RM FREE untuk yang dibawah.

Imej Editor : GIMP

5. Fail Utiliti

Kadang2 bila kita memuat turun fail, kita akan terjumpa dalam bentuk format *.zip;*.rar. Bila kita nak mengecilkan size sesuatu fail, kita perlukan software ini. Dengan erti kata lain, ianya digunakan untuk menyahmampat atau memampat fail.

Fail Utiliti : 7-Zip

Itu bagi pendapat Rojak, korang mungkin berbeza. Jom Share.

Tag : TOP 5
0 Komentar untuk "TOP 5 - Software/Program Percuma Yang Wajib"

Back To Top