Cara Menggelak Akaun Facebook Anda DiGodam


Facebook laman sosial terbesar didunia, lebih 1 billion pengguna di seluruh dunia. Pasti banyak maklumat didalamnya. Kesilapan ramai pengguna facebook hari ini mereka membuat facebook seolah - olah diari peribadi tanpa mereka sedar implikasinya. Bahaya oiiii.

Walaupun posting ini telah ditulis banyak kali tapi rasanya tak  salah  kita ulang kembali, refreshkan balik. Terdapat pelbagai cara sebenarnya  untuk menggelak. Jom kita kongsi dan bincang.\

1. PASSWORD 

Buatlah password yang sukar diteka. Ramai diantara kita suka membuat password yang berkaitan dengan diri masing. Tak salah sebenarnya sebab kita lagi mudah nak ingat TAPI caranya hendaklah betul. Password yang baik mempunyai kombinasi beberapa kriteria,sekurang - kurangnya 6 karakter, mempunyai huruf besar, huruf kecil, nombor dan juga simbol. Jika anda hendak menggunakan password sebagai kata laluan, mungkin  anda boleh cuba ini 

PASSWORD = P4$5w0Rd.

2 3 hari lepas Rojak nak la register sebagai  member disalah satu laman online, tetiba dia kuar gini:


buat webmaster laman tersebut,rasanya boleh update kot sekuriti ni. Anda juga boleh menyemak kekuatan kata laluan anda dilaman web http://www.passwordmeter.com/ atau dilaman web https://howsecureismypassword.net/ .

2. Aktifkan No HP .

Sekiranya kita terlupa kata laluan, selain dari menghantar pengesahan ke email, facebook juga akan menghantar ke telefon bimbit yang kita daftarkan.  Jadi adalah lebih baik kita daftarkan.

3. Aktifkan " Login Notifications"

Login Notification adalah antara ciri keselamatan tambahan yang boleh kita gunakan.  Sekiranya ada seseorang cuba "login" akaun anda, facebook akan menghantar notification kepada anda melalui email atau sms kepada anda melallui no hp yang daftarkan.


4. Aktifkan "Login Approvals"

Ini juga antara  ciri keselamatan yang boleh kita  praktikkan. Login Approvval mengkehendaki kita memasukkan kod laluan setiap kali kita login dari "unrecognized devices". Kod ini akan dihantar terus ke telefon bimbit yang kita daftarkan sebelum ini.


5. Aktifkan "Private Browsing"

Private Browsing atau Incognito Browsing  atau dengan kata lain segala aktiviti anda di internet tidak akan direkodkan didalam history browser anda. Sekiranya anda menggunakan Mozilla, tekan Ctrl+Shift+P. Di Chrome Ctrl+Shift+N.



6. Logged Out.

Sentiasa log out sekiranya anda tidak mahu melayari facebook. Jangan sesekali menutup browser tanpa log out. Sewaktu anda hendak log in, jangan tandakan di kotak "Keep Me logged in".


7. Don't Ever Ever Do This

Jangan sesekali melayari facebook dari cyber  cafe, pinjam laptop, pc atau hp member nak login.  Berhati - hati ketika menggunakan public wifi. Mungkin ada keylogger didalam laptop atau hp tersebut, mungkin juga ada yang sedang Sniffing di public wifi.

Pucuk pangkalnya, berhati - hati.

Artikel yang mungkin anda berminat :
ANDA SEBENARNYA YANG MEMBANTU HACKERS MENCURI DATA



0 Komentar untuk "Cara Menggelak Akaun Facebook Anda DiGodam"

Back To Top