Bermula Disini


Mulanya di sini 
Ku kenali dirimu 
Sehingga kini 
Sehingga ke akhir waktu 

Itu antara lirik lagu Mulanya Disini yang menaikkan nama kumpulan Freedom di era 80-an. Tapi bukan judul lagu itu yang Rojak maksudkan disini. "Any teenager in a garage could put him out of business"  quote dari salah satu filem kegemaran Rojak. Apa yang Rojak nak share di entri ini, syarikat teknologi gergasi ini bermula.

1. Yelp


Yelp adalah syarikat yang menyediakan direktori online. Buku kuning la tu. Founder Yelp Jeremy Stoppelman mendapat idea ketika sedang makan tengah hari pada tahun 2004. 10 tahun kemudian perolehan syarikat ini melebihi 230 juta USD. Macam tu jer, iiiissshhh.

2. Box


Merupakan syarikat yang menyediakan perkhidmatan "cloud storage". Menawarkan ruang penyimpanan percuma 10gb. Bermula pada tahun 2004 dan sekarang syarikat ini bernilai 1.5 billion USD.

3. PayPal


Sewaktu sedang mempersembahkan demo Paypal kepada pelabur, Max Levchin salah seorang dari founder Paypal tertidur dimeja makan disebabkan beliau tidak tidur selama 72 untu menyiapkan demo tersebut. 

4. Foursquare


Hampir keseluruhan "coding" Foursquare yang ditulis oleh Dennis Crowley dan Naveen Selvadurai dibuat semasa mereka menikmati kopi di dua buah cafe ini Think Coffe dan OST Cafe. 

5. Dropbox


Sewaktu sedang menunggu bas untuk ke New York dari Boston untuk urusan kerja, Drew Houston terlupa  membawa pendrive. 4 bulan kemudian, beliau membuat demonstrasi kepada pelaburnya.

6. Dell


Mula menjual komputer yang beliau naiktaraf kepada rakan - rakan sewaktu beliau seorang pelajar pre-med di Universiti Texas.

7. Microsoft



The Sundower Motel menjadi tempat dimana segalanya bermula sebelum Bill Gates dan Paul Allen memindahkan operasi Microsoft ke Seattle.

8. Twitter

Ditaman ini, San Francisco South Park, Jack Dorsey mendapat idea untuk menghasilkan Twitter. Dari taman riadah kepada bisnes ratusan juta dollar setahun.

9. Hewlett - Packard


Bermula di garaj inilah Bill Hewlett dan Dave Packard pada tahun 1935. Tempat lahir Lembah Silikon itulah gelaran yang diberi untuk garaj dan rumah yang telah dijadikan muzium ini.

9. Amazon


Jeff Bezos dan isteri memulakan perniagaan  internet  digaraj ini. Daripada  menjual buku secara online pada tahun 1994 kepada bisnes ratusan juta dollar. Tahun lepas sahaja, untung bersih Amazon melebihi 250 juta USD.

10. Google


Di entri semalam Rojak ada memaparkan gambar pelayan pertama Google setelah dikoporatkan. Di garaj yang disewa sebanyak 1700USD inilah Google beroperasi secara rasmi.

11. Facebook


Tak payah cerita kot pasal facebook ni, semua orang tau cerita dia hahaha

12 Apple



Steve Jobs and the geng bermula disini pada tahun 1976. Sekarang Apple adalah syarikat paling berharga.

Semuanya bermula dari kecil, begitu juga kita. Apa yang Rojak perasan tentang syarikat ini semua, mereka cepat meningkat kerana ada pelabur yang berani melabur di syarikat yang setahun jagung. Alangkah bagus kalau di negara kita juga begitu.





Tag : Fakta
0 Komentar untuk "Bermula Disini"

Back To Top