Google Tahu Perihal Anda - Bagaimana?


Apabila anda menggunakan Google, sama ada sedar atau tidak, anda berkemungkinan telah membuat satu perjanjian . Anda boleh menggunakan Gmail,  YouTube dan Peta Google secara percuma dan sebagai pertukaran, anda bersetuju untuk berkongsi maklumat mengenai diri anda. 

Semakin banyak Google mendapat maklumat mengenai anda, semakin mudah untuk Google membuat apa yang kita panggil sebagai  "cross reference" untuk menjual maklumat tersebut kepada pengiklan yang berfikir anda adalah seorang pelanggan yang ideal. Pengiklan sanggup membayar lebih untuk perkhidmatan iklan untuk mendapat lebih maklumat mengenai pelanggan yang mereka fikir  ideal  dan berpotensi.

Sebagai contoh, syarikat penerbangan mahu  mensasarkan orang-orang yang suka mengembara. Pembuat pakaian kanak-kanak ingin ibu bapa menjadi sasaran. Google menggunakan banyak kaedah untuk belajar tentang anda. 

Ada hal-hal yang anda memberitahu Google secara terang-terangan apabila anda mendaftar untuk perkhidmatan, seperti Gmail dan Peta Google, atau melalui telefon Android, seperti nama anda, nombor telefon, lokasi, dan sebagainya. Google juga menyimpan maklumat tentang anda, dari aktiviti anda di internet (apa yang anda cari? Klik pada?) dan juga dari software atau produk Google sendiri.

Jom, mari kita tengok apa yang Google tahu mengenai anda di "Ads Settings".

Tak jumpa , klik jer link INI , baik - baik klik tu, nantikan ada backdoor trojan dilink tu, hahaha, tak ada la, klik jer.

Selepas itu, kita navigate ke "Account History".


Kemudian kita scroll ke bawah cari "Edit Setting" dan klik situ


Disini tok bomoh Google tunjukkan apa yang dia tahu mengenai anda. Contohnya jantina, umur, bahasa pertuturan dan sebagainya.





Jadi fikir - fikirkanlah untuk berkongsi.

Anda mungkin perlu membaca entri ini juga.



0 Komentar untuk "Google Tahu Perihal Anda - Bagaimana?"

Back To Top