Seseorang Cuba Menggunakan Komputer Anda

Time kerja, tetiba kita terasa nak "take 5",nak hisap rokok ker, nak minum kejap ker. Kerja tak siap lagi, nak tinggalkan komputer macam tu jer, takut nanti ada ofismate yang gatal tangan. Pakai password jer la. Ok la tu, ciri keselamatan dah ada. 


Still kita tak tahu, ada orang usik atau tak komputer kita. Pernah dengar laman web MouseLock,  Laman web ini mungkin jalan penyelesaiannya. Apa yang perlu kita lakukan hanyalah pergi ke laman web tersebut dan login menggunakan Gmail anda. Setelah kita login, kita akan diminta memilih "unlocked code".


Setelah itu kita akan diminta untuk klik tetikus ditempat yang diarahkan, dan kita telah selesai.


Jadi sekiranya ada seseorang cuba mengerakkan tetikus anda, dia mempunyai beberapa saat untuk meneka kod laluan anda tadi. Sekiranya tidak berjaya, laman web ini akan menghantar email kepada anda.


Sekiranya komputer kita mempunyai webcam, kita boleh mengarahkan MouseLock merakam wajah orang tersebut. Apa yang perlu kita lakukan, cuma klik "Allow" bila ditawarkan perkhidmatan itu. Yang lemahnya, untuk mengaktifkan fungsi tersebut, kita kena "Donate" hahaha. Takkan semua benda nak free boss.


Apa pun, laman ini menawarkan alternatif selain daripada kata laluan windows kita dan ianya satu aplikasi web yang cukup mudah.

Selamat Mencuba.




0 Komentar untuk "Seseorang Cuba Menggunakan Komputer Anda"

Back To Top