Steganography - How 007 Send Secret Message

Perghh, topik mengarut betul aku ni, hahaha. Steganography??? Apa tu.... Steganography adalah seni atau amalan menyembunyikan mesej, imej, atau fail lain dalam mesej, imej, atau fail atau dengan bahasa mudahnya, menyembunyikan maklumat di dalam fail lain ( boleh la tu kot hahaha ). Contohnya menyembunyikan file text di dalam fail imej.


Kalau Mrs Rojak baca entri ni, kompem dia gelak sakan, kan mama kan. Apa taknya, pening member - member facebook tengok wall Rojak dan Mrs Rojak. Semua tak faham apa yang kitaorang conteng di wall disebabkan kitaorang sembang menggunakan chiper. Last - last Rojak sendiri tak faham sebab Mrs. lagi advanced, padahal dia tu nurse, hahaha. Penangan menghantar maklumat guna chiper. 

Steganography ni fungsinya lebih kurang gitu la. Ada banyak software Steganography di pasaran yang boleh kita gunakan sebenarnya, tapi Rojak nak share satu jer kali ni. Nama softwarenya StegoMagic. Dengan software ini kita boleh menyembunyikan mesej atau fail ke dalam file audio, imej atau pun file text.

Setelah anda download dan install softwarenya, Di entri ini, kita akan cuba menyembunyikan text di dalam imej. Bila anda buka software StegoMagic, anda akan dapat lihat paparan seperti imej di bawah.
 

Di petak Hide, pilih Message. Anda taipkan apa - apa mesej yang ingin anda sembunyikan di dalam petak Enter Secret Message.

Di Carrier File Type, kita boleh memilih jenis fail yang ingin kita gabungkan dengan text tadi. Di sini kita memilih file imej (bmp). Pastikan file imej itu formatnya bmp. Seterusnya kita masukkan password.


Kemudian di Save Carrier File As ( Hiding ) kita pilih di mana kita nak save fail tersebut. Pastikan formatnya bmp. Seterusnya tekan Hide dan tunggu sebentar sehingga keluar pop up windows Hiding Process Succesfully Complete.

Anda dah siap. Senang jerkan. Fail tadi dah bersedia untuk dihantar kepada rakan anda. Untuk membuka fail tadi, rakan kita juga perlu mempunyai StegoMagic.


Untuk membuka fail tadi, di Select Carrier File ( For Both Hiding and Unhiding ), masukkan fail yang diterima dan masukkan password fail tersebut.

Seterusnya tekan butang Unhide.


Anda dah selesai. Mesej yang disembunyikan tadi akan dipaparkan di petak Enter Secret Message.

Untuk sembunyikan file di dalam text atau audio, anda download dan baca manualnya, hehehe.

Download StegoMagic di SINI.

Password : rojakdotcomdotmy




0 Komentar untuk "Steganography - How 007 Send Secret Message"

Back To Top